Monday, June 21, 2010

ISLAM DICALARI UMATNYA ISU MURTAD DI MALAYSIA

Pernahkah saudara/i mendengar cerita Aisyah atau nama manjanya Intan yang murtad tidak lama dulu? Banyak lagi kes- kes lain seperti Zailina Jalani, Kamariah dan lebih 200 000 permohonan MURTAD!!!. Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, taknak terjadi kacau bilau. Sebelum itu, BACALAH sehingga habis helaian ini! Jika anda seorang ISLAM yang prihatin. Kes Aisyah yang murtad dan banyak lagi kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend. Ia sebenarnya kes murtad yang sengaja ditutup oleh golongan pemimpin tertentu yang kita amanahkan untuk memimpin, mereka ini juga Islam, kita tak tahu kenapa sengaja membutakan hati dari melihat Aqidah umat Islam di Malaysia terutamanya di serang hebat. Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya korang seorang Islam yang peka dan sayang kan agama kita Islam, Buatlahlah sesuatu, paling kurang foward address kepada saudara kita yang tak tahu menahu kalau nak tahu cerita sebenar disebalik semua itu. Ataupun selemah-lemahnya berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini. Cerita ini tiada sebarang penipuan dan penambahan yang disengajakan, saya mengadaptasinya dr sumber2 ilmiah.

  Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya ekstrak dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dalam kalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks Pencemaran Aqidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 sahaja, 4776 orang Melayu mohon tukar nama
dari Melayu kepada BUKAN Melayu atas alasan keluar dari Islam. Tahun 1997, apabila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga julai 1997, 3000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 sahaja Timbalan Menteri di jawatan perdana menteri Dato Nazri dalam menangkis hujah yang dikemukan oleh tokoh pilitik yang sensitif dengan kes murtad ini (nak bawa draf keizinan murtad) , tahun 1998 saja 516 orang sudah murtad. Noraishah bukan kes pertama murtad. Sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aishah dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin.



KES 1

  Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat...sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah. Nur Aishah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya dalam keadaan macam tu tak murtad. Dihantar ke Sekolah Agama, Dia belajar hingga peringkat 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi Ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Tuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam (Haji Tahir).Dia juga menghafaz Surah Yasin dalam ertikata tahu ayat apa surah keberapa yang dibacanya, ayat apa yang azimat semua dia tahu. Itu hebatnya Aishah. Surah Sajadah pun dia hafaz. Masuk ITM dia terlibat dalam Gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan dia ....budak perempuan melayu biasa...pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga takde apa yang pelik pada dia, duduk di Lembah Keramat AU5C. Tiap-tiap hari dia akan menelefon bapanya melaporkan isu terkini. 2 tahun di KL begitu hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu Intan dah kristian."

  Bayangkan hati seorang bapa. Masyarakat yang mengenalinya sungguh hairan. Apatah lagi kita. Aishah adalah simbol anak Melayu Islam yang telah didik dengan begitu rupa, boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis ...APA yang dia boleh buat? Kes ini penting untuk orang tahu.Seorang Menteri telah memesongkan fakta mengatakan Nuraishah telah berkahwin secara Islam di selatan Thailand. Mengapa tok menteri ini sengaja kelabukan mata orang melayu? Buta? Disogok? Tali barut? Kita sendiri pun tak tahu. Terpaksa lah ketua pengarah Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sendiri buat kenyataan menafikan kenyataan menteri ini. Dikeluarkan pada13 Februari 1998. Kenyataan ini dikeluarkan oleh ketua pengarah JAKIM bagi menafikan laporan akhbar lepas yang menitik sumber akhbar kononnya Nur Aishah dan kekasihnya telah berkahwin secara Islam di Sempadan Thai baru-baru ini." (13 februari 1999).Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah ini minta Aishah dibebaskan untuk dimurtadkan. Butir asal permohonan......

  Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam cina kristian. (Read Herbes Corpes bawah Bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan Bab 36 atas alasan Article11 perlembagaan persekutuan iaitu Hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah. Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nuraishah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nuraishah menolak dan meninggalkan agama Islam”: perenggan 6 Perenggan 23:
 "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aishah sedang dikurung secara salah! Oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibu bapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nuraishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik". Tiada langsung disebut pasal kawin.  Bagaimana seorang menteri melayu boleh memutarbelitkan fakta dengan mengatakan bahawa dia di dalam kes kawin lari? Kita tak boleh buat apa-apa sebab Article 11 perlembagaan persekutuan menyatakan “mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya”. Itulah perlembagaan kita yang memerdekan orang Melayu kita tahun 1957, perlembagaan itulah yang menjerut kita sendiri.
_______________________________________________________________________
Bila berlaku pertembungan antara Hukum Syara`k dengan undang-undang kita, undang -undang syara'k akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll.Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi....semua tak termasuk. Article 4 pula menyatakan:  "mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syarak."

KES 2
 Contoh kes Hartina Haji kamarudin. Haji Kamarudin pada masa ceramah ini dibuat ada dalam lokap didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang kerumah dalam keadaan Hindu. Haji kamarudian seorang penjual satay (tumpang kedai cina). . Beliau Lepaskan anaknya lepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan Hartina balik...ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek di dahi. Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik “mencabar bapanya” dengan membawa boyfriendnya dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu. Haji Kamarudin menakek si kafir tu kat tengkuk, mengelupur dia depan kedai tu. Haji kamarudin juga di pelupuh oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan Aqidah kakaknya. Apa Hartina buat masa tu?!!! Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian.
Tak cukup dengan itu dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya. Nak mempertahankan kekasih hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya berjuta- juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada “Nivasni Rajeswari”. Nama Hindu.

Haji Kamarudin ditangkap semula oleh polis sebab ada kejadian Hindu laknatullah itu ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Tak mampus juga masih terlantar kat hospital. Yang kena kurung masuk lokap Haji Kamarudin dan anaknya dalam keadaan hina. Haji kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat tu saja 4 tuduhan. Yusof Qardawi  dalam kitabnya menyatakan “Hendaklah mempertahankan Aqidah! Hatta dengan nyawa sekalipun”. Itu yang Haji Kamarudin buat.

KES 3
                               
 Dalam mempertahankan Hukum Allah, dilokap sedemikian rupa. Itulah dia kes pertembungan hukum syarak dan hukum manusia yang kita amalkan hari ini. Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah asal Hindu nama Santana ada seorang isteri nama entah apa, ada anak lelaki nama Sunjay kalau tak silap berusia 2 tahun pada masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya juga telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata nehe! Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci ni datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, di minta Mahkamah Syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya. Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak ni. Si emak ni pergi Mahkamah Tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Kita hairan sungguh. Bila si minachi ni nak ambil balik budak tu tak dapat, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa, cari Yusof, tangkap Yusof masuk lokap 8 hari. Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu punya kurang ajarnya dia si minachi ni minta pulak Mahkamah Tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

2 comments:

  1. GOOD!!!!!
    SEDIH GILE2....BEST RASA MCM NAK JADI BETUL2 BAIK U AYAH AND AGAMA....

    TAMBAH LAH LAGI..........

    ReplyDelete
  2. mmg sedey,.. kite mampu buat apa.. xde kuase.. at least kte kne ade niat utk buat sesuatu utk agama kte..

    ReplyDelete

Thank 4 your comments....
السلام عليكم, BYE!

Powered By Blogger